Friday, March 28, 2014

Skim Pengakap bagi murid Pendidikan Khas

PENDAHULUAN


Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak Pendidikan Khas ini telah diubahsuai daripada Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap Kanak-kanak PK ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak PK tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih Satu Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang.


Dalam peringkat ini, Tiga Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu :


1. Lencana Keris Gangsa

- perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori kegemaran.

2. Lencana Keris Perak

- perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori pengetahuan.
3. Lencana Keris Emas
- perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori perkhidmatan.
PERHATIAN : Bagi Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, mereka boleh menggunakan Isyarat Kod Tangan.

SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS



1. Lencana Keahlian

Sebelum mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap Kanak-kanak PK itu perlu LULUS ujian-ujian berikut :-

1.1 Lambang Pengakap Malaysia

       1.1.1 Mewarna Lambang Pengakap Malaysia
1.2 Lambang Pengakap Sedunia
       1.2.1 Mewarna Lambang Pengakap Sedunia
1.3 Persetiaan Pengakap
       1.3.1 Boleh menyatakan salah satu daripada tiga Persetiaan Pengakap.
1.4 Undang-undang Pengakap
       1.4.1 Boleh menyanyikan Lagu Undang-undang Pengakap.

1.5 Lima Prinsip Rukun Negara
       1.5.1 Boleh membaca/menyebut LIMA (5) prinsip Rukun Negara.

1.6 Boleh menyebut dan menunjuk cara melakukan Tabik Hormat Pengakap  
                dengan betul dan kemas perlakuannya.


1.7 Boleh menyebut Cogankata Pengakap PK Tahap 1 iaitu “Buat Habis Baik”. 


1.8 Sejarah Pergerakan Pengakap

       1.8.1 Menamakan pengasas pengakap.


1.9 Cerita Hutan

       1.9.1 Menamakan watak dalam cerita hutan iaitu Akela, Bagheera, Baloo                            
                dan Mowgli.


1.10 Laung Agong


          1.10.1 Boleh menyanyikan lagu laung agung

          1.10.2 Boleh mengikuti istiadat Laung Agong
Lencana ini boleh dianugerahkan bagi mengiktiraf murid sebagai seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia. Lencana Keahlian Pengakap yang berwarna biru tua dan dipakai pada saku kiri kemeja.


PERHATIAN :


Bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai tahap ke-bolehan mental yang sangat rendah atau tidak mencapai tahap minimum yang dikehendaki dalam memperolehi lencana keahlian, pemimpin boleh menganugerahkan lencana keahlian dengan menjalankan ujian keahlian secara berkumpulan beserta bimbingan guru.

2. Lencana Wajib
2.1 Ahli Renang


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf pengetahuan tentang peraturan dan kemahiran keselamatan diri serta membina keyakinan diri ketika berada di air. Ahli Pengakap Kanak-kanak PK perlu :


2.1.1 Menyebut sekurang-kurangnya DUA (2) peraturan keselamatan di air secara           lisan.

2.1.2 Menunjukkan asas kemahiran berenang dan kemahiran keselamatan diri                  iaitu turun di air, bergerak di dalam air dan cara tenggelam timbul dengan                  menutup hidung.

2.1.3 Menunjukkan cara memakai dan mengendalikan jaket keselamatan di air.

2.1.4 Menunjukkan keyakinan diri di air (water confident) dan menjadikan ia                      sebagai salah satu terapi.
2.2 Penunggang Basikal


Lencana ini diberi kepada bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam aktiviti berbasikal dengan perlu mengetahui perkara asas seperti :


2.2.1 Asas undang-undang jalanraya.

2.2.2 Penjagaan basikal.

2.2.3 Pengendalian basikal.

2.2.4 Mengamalkan peraturan berbasikal.
3. Lencana Kemajuan
Keris Gangsa
Lencana ini diberi sebagai mengiktiraf minat dan pengetahuan ahli pengakap berdasarkan perkara seperti berikut : 
  1. Persetiaan Pengakap 
  2. Rukun Negara 
  3. Amalan keagamaan Kesihatan diri dan keluarga 
  4. Keselamatan diri dan keluarga 
  5. Pengurusan diri

Walau bagaimanapun, sebelum layak mendapat lencana ini, ahli mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu.


A. Kesetiaan


1. Boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan menghormati lagu itu          ketika dimainkan.

2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap Kanak-              kanak PK itu berada.

3. Mengenal Lambang Pengakap Malaysia.

4. Mengenal nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap PK.
5. Menyatakan EMPAT (4) jenis agama di Malaysia dan menyebut nama DUA (2)        tempat beribadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.


B. Kesihatan Dan Keselamatan


1. Menyebut TIGA (3) kepentingan menjaga kesihatan.

2. Menyebut TIGA (3) cara untuk menjaga kebersihan diri dalam kehidupan                  seharian.
3. Menyatakan TIGA (3) kesan akibat menelan apa jua jenis pil, cecair atau gula-       gula yang beri oleh orang yang tidak dikenali.


4. Menyatakan TIGA (3) akibat apabila bermain dengan benda-benda tajam.


5. Menyatakan TIGA (3) akibat jika bermain dengan sebarang alat yang                            mengandungi bahan letupan seperti mercun, meriam buluh dan bunga api.

6. Menyatakan DUA (2) cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan                    pertolongan jika berlaku sebarang kemalangan. Contoh seperti mendapatkan          alamat dan nombor telefon balai polis, balai bomba, doktor, hospital, ibu bapa        dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.

7. Menyatakan TIGA (3) peraturan bagi pejalan kaki dan tatacara untuk                          menyeberangi jalan raya.

8. Menyatakan TIGA (3) cara melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dan          lintasan belang.


C. Kecekapan


1. Dapat melakukan Latihan Asas Kawad kaki dengan betul :

     a. Baris

     b. Senang diri

     c. Rehatkan diri
     d. Baris sedia
2. Boleh mendaki dengan menggunakan tali.
3. Boleh menyatakan TIGA (3) tempat awam yang terdapat di sekitar kawasan              tempat tinggalnya.
4. Boleh menunjukkan cara memakai pakaian seragam Pengakap dengan cara              yang betul dan kemas.
5. Boleh menyatakan peraturan memakai lencana seperti : Lencana Keahlian                Lencana Malaysia Tanda nama.
6. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) isyarat Pengakap dan                      mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda                  isyarat sulit Pengakap seperti : Ikut Arah Ini, Jangan Ikut Arah Ini, Di Sini Ada         Air, Tunggu Di Sini, Saya Sudah Pulang
7. Boleh menunjukkan cara bagaimana untuk melakukan ikatan Simpul Buku              Sila.


D. Penyertaan


1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan          Khas berdasarkan tahap kemajuan murid pendidikan khas.

2. Boleh menghasilkan sejenis bahan permainan daripada bahan terbuang seperti      : Kapal terbang kertas, Tabung Bekas pensil

3. Boleh menyertai dan menjalankan SATU (1) daripada aktiviti di bawah:                      - Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah 
     - Membuka akaun simpanan


E. Perkhidmatan

1. Membantu ibu bapa di rumah dengan melakukan sekurang-kurangnya TIGA  (3) tugasan yang diberi setiap hari dengan mendapatkan pengesahan dan                    perakuan ibu bapa berdasarkan buku log yang dibekalkan seperti : Menyapu            sampah, Mencuci pinggan, Mengemas katilMelipat selimut, Menyusun                    pakaian dalam laci, Mencuci tandas, Membuang sampah ke dalam tong                      sampah, Mengemas ruang tamu


2. Membantu guru dan kakitangan sekolah dengan melakukan sekurang-                      kurangnya DUA (2) aktiviti kebersihan dan keceriaan sekolah berdasarkan                pengesahan dan perakuan mereka melalui buku log yang dibekalkan.

     Di antara tugasan yang diberikan oleh guru penasihat adalah seperti : Menyapu      bilik guru/kelas, Menghantar buku kehadiran ke pejabat, Menghantar beg guru    
  ke bilik darjah, Mengemas rak kasut, Menghantar peralatan Pendidikan                    Jasmani ke padang, Menyusun peralatan di dalam stor, Mengemas buku di rak      buku
4. Lencana Kepandaian
Kategori Kegemaran
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak PK ahli pengakap dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam kategori kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaan dalam aktiviti-aktiviti berikut : 
  • Ahli Koleksi Hobi 
  • Ahli Kraf Tangan 
  • Peladang Kecil
  • Pelukis 
  • Pembaca Buku 
  • Penghibur



4.1 Ahli Koleksi Hobi


Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat @ hobi dalam mengisi masa lapang seperti : mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap

Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai hobinya dengan cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya.
Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah :
  • Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza. 
  • Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu sendiri.
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan logonya. Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan penutup botol. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada wang kertas atau syiling. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain). 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. 
  • Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.
  • Lain-lain hobi yang sesuai.



4.2 Ahli KraftanganLencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat dalam menghasilkan bahan-bahan kraf seperti : Tikar anyaman, Wogel Penanda buku, Alat permainan Layang-layang


1. Membuat SATU (1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU membuat layang-layang.

2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2) Penanda Buku daripada bahan seperti : Kad manila Plastik Daun kering Bahan kulit

ATAU

3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti : Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain. Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga “Mowgli”. Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan lain-lain berdasarkan pengetahuan dan fantasi.

4.3 Peladang Kecil
Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga tanaman dan memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedah-kaedah yang betul.
Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut : 
  • Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menjaga tanaman. 
  • Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam samada di sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan 6 sekawan. 
  • Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian.
  •  Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran.



4.4 Pelukis


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan lukisan yang menarik.

Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah : Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba “The Jungle Book” dan mewarnakannya.

1. Melakonkan SATU (1) watak di bawah :

2. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu.
3. Menyebut 3 warna asas.
4. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan menggunakan warna air.
5. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir.
6. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
7. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.

Watak


MargaPerwatakanAkelaSerigala TunggalPemimpin bijaksanaBagheeraHarimau KumbangJurulatih mahirBalooBeruangGuru undang-undangAdek KelabuAnak SerigalaKeluarga AngkatMowgliBudak LelakiKawan MargaMysaSeladangPendengar baikShere KhanHarimau BelangPembuliBanderlogMonyetPembohongBuldeoPemburuSamsengJakalaBuayaPura-puraSahiLandakPenulisHathiGajahTokoh hormatKaaUlar SawaPemanjatTabaquiRubahPengampuMessuaWanitaIbu angkatWhite hoodUlar sendukPenjaga
8. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni tembikar berdasarkan corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.


4.5 Pembaca Buku


Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah.

1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanak-kanak dengan sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin.

2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.


4.6 Penghibur


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3) daripada aktiviti di bawah :

1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah :
  •  Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik. 
  • Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya. 
  • Lagu Asli 
  • Lagu patriotik 
  • Lagu Pengakap.

5. Lencana Kemajuan Keris Perak
Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran.


A. Kesetiaan


1. Kesetiaan kepada AGAMA Menyatakan waktu sembahyang mengikut agama masing-masing. Menunjukkan cara sembahyang agama masing-masing.

2. Kesetiaan kepada pemimpin. Menyatakan nama D.Y.M.M Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Menyatakan nama Perdana Menteri Malaysia. Menyebut nama Pesuruhjaya Daerah. Menyebut nama Penolong Pesuruhjaya Daerah.
B. Kesihatan dan Keselamatan


1. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.


2. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) faedah melakukan senaman.

3. Boleh menyatakan cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.

4. Boleh menyatakan bahaya dan cara mengelakkannya bila menggunakan gas atau alatan elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.
5. Menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis barang dalam peti pertolongan cemas.
C. Kecekapan


1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : Buka barisan Tutup barisan


2. Boleh menunjukkan cara membuat ikatan buku sila dan menyatakan kegunaannya.

3. Menunjukkan aktiviti menggunakan bendera : Memasang bendera. Mengibar bendera. Menurunkan bendera. Melipat bendera.


D. Penyertaan


1. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan liar.

2. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan peliharaan.

3. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara mengelakkan makanan menjadi tercemar.

4. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) komponen asas komputer.
2. Boleh mengajar sebuah lagu ATAU satu tarian kepada ahli yang lain.
3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau tarian moden.
4. Boleh memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng, rekoder, kompang dan serunai.
E. Perkhidmatan


1. Memahami isyarat wisel (berkumpul).


2. Menjalankan gotong-royong mengemas bilik darjah / kawasan sekolah.
5. Boleh menyatakan cara penggunaan telefon persendirian atau awam dengan menggunakan wang syiling.
6. Lencana Kepandaian
Kategori Pengetahuan
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, ahli Pengakap Kanak-kanak PK dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti senarai dibawah : Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pencinta Alam Semulajadi Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pengembara


6.1 Ahli Olahraga


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya.

6.1.1 Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis sukan di sekolah.

6.1.2 Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis makanan yang berkhasiat.

6.1.3 Boleh mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan : Larian 50 meter Larian 100 meter Lompat jauh Lontar peluru / baling bola lisut
Catatan: Ahli yang pernah mewakili sekolah/daerah/negeri/kebangsaan/antara bangsa boleh dianugerahi lencana ini tanpa diuji.


6.2 Ahli Pasukan Permainan


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam sukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong, sukan rakyat dan sebagainya. Oleh itu, ahli perlu untuk : Menyatakan undang-undang dan peraturan mengenai SATU (1)jenis permainan berikut: futsal, bola jaring, petanque, boling, goalball, ping pong suaian, dan lain-lain permainan dalam pendidikan khas. Boleh bermain sekurang-kurang satu jenis permainan berpasukan. Menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alat permainan setelah digunakan. Menyatakan cara membersihkan badan setelah bermain.


6.3 Ahli Sains


Lencana ini diberi bagi mengiktiraf pengetahuan ahli dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar, elektromagnet dan sebagainya. Ahli boleh memilih SATU (1) sahaja daripada aktiviti di bawah : Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara (lilin akan terpadam bila ditutup dengan cawan). Membuat pelangi tiruan dengan menggunakan pancuran air paip. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis. Mengenalpasti apa yang berlaku sekiranya jisim benda yang berat dan ringan dimasukkan ke dalam air.


6.4 Pencinta Alam Semulajadi


Lencana ini diberi sebagai pengiktirafan kepada ahli yang mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Ahli dikehendaki memilih DUA (2) sahaja daripada aktiviti di bawah :


1. Menyimpan catatan dan melaporkan perubahan atau perkembangan kejadian harian setiap seminggu sekali dalam tempoh dua bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : Tumbuh-tumbuhan Kehidupan burung Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai. Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar. Kupu-kupu, katak, belalang dan lain-lain haiwan yang bersesuaian. Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun. Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.

2. Memelihara haiwan peliharaan dan ternakan sekurang-kurang 2 bulan dengan sempurna. Pengakap Kanak-kanak PK boleh menceritakan pemerhatiannya terhadap haiwan tersebut.

3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu sahaja) : Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU Membersihkan kawasan rumah dan halaman atau kebun di belakang rumah dan sekolah.
4. Melukis atau mewarna gambar cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan kesan cuaca terhadap tanaman.
5. Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar berdasarkan keratan akhbar, majalah dan apa-apa sahaja sumber yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.


6.5 Pembaca Peta (Pengetahuan)


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas.

Pilih DUA (2) sahaja.

1. Melukis Mata angin 4 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU

2. Melukis peta lakaran kedudukan kawasan sekolah. Pejabat, Bilik Guru, Kantin, Perpustakaan, Tandas murid lelaki dan perempuan, Surau, Padang sekolah, Kelas Pendidikan Khas
3. Melukis sebuah pelan lakaran di dalam rumah atau kediaman.
4. Berjalan kaki sejauh sekurang-kurangnya 1 kilometer berkumpulan bersama sekawan dan guru pemimpin sambil melaporkan apa yang dilihat pada masa itu.


6.6 Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan)


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi dan kawasan sekolah.

Pilih SATU (1) sahaja.

1. Menggunting dan menampal sekurang-kurangnya TIGA (3) bahan bacaan mengenai pencemaran alam sekitar di dalam Buku Log.

2. Buat buku skrap mengenai pencemaran alam sekitar contohnya: Pembuangan bahan sisa kilang Pembuangan sampah-sarap Pembuangan atau tumpahan minyak
3. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut : Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah.
6.7 Pengembara (Pengetahuan)


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah.


Pilih hanya DUA (2) sahaja.

Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung : membuat anggaran perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, bekalan peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan serta borang kebenaran ibu bapa / penjaga telah diperoleh. Mengambil bahagian dalam pengembaraan diluar kawasan sekolah . (Pengembaraan Pengakap PK Tahap 1sekurang-kurang dua kilometer). Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. Mengetahui cara memasang dan membuka khemah. Mengetahui asas undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.
7.Lencana Kepandaian
Kategori Perkhidmatan
Setelah memperolehi Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Pengakap Kanak-kanak PK itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan seperti di bawah mengikut kemahirannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut :





Pekerja Am Pengurus Rumah Penyelamat Nyawa Ahli Pertolongan Cemas





7.1 Pekerja Am (Perkhidmatan)
(PERHATIAN : Perlu melakukan TIGA (3) bahagian sahaja dari 9 bahagian yang dicadangkan) Boleh mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. Boleh mengetahui cara untuk menegangkan rantai basikal. Boleh menunjukkan cara bagaimana menggunakan alatan pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak dan menjaga serta menyimpan alatan tersebut. Boleh menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna. Boleh membersihkan kawasan rumah atau sekolah. Boleh menunjukkan cara mengecat yang betul. Boleh mencuci dan menggosok baju. Boleh membersihkan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. Boleh menyusun-atur alat pertukangan atau alat perkebunan dalam stor.
7.2 Pengurus Rumah (Perkhidmatan)
Pilih TIGA (3) sahaja. Boleh menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu. Boleh menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain. Boleh menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti mee segera, burger dan sosej. Boleh memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. Boleh menggoreng ikan, udang, sardin, keledek, pisang dan tauhu untuk hidangan dua orang. Boleh membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain. Boleh menyapu, membersihkan habuk dan mengemaskan tempat tidur. Boleh mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi.


7.3 Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan)


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak Bomba Dan Penyelamat, Polis dan JPAM.

Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan jaket keselamatan dengan betul.


7.4 Ahli Pertolongan Cemas (perkhidmatan)


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka ringan dan menjaga peti pertolongan cemas. Perlu mengetahui isi kandungan dan tatacara penggunaan peti pertolongan cemas. Boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. Boleh menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. Boleh membantu membalut luka dan mengetahui cara menggunakan jenis balutan bagi luka yang ringan. Perlu mengetahui cara memadamkan kebakaran kecil. Perlu mengetahui cara merawat gigitan atau sengatan serangga. Mengetahui cara menolong dan meminta bantuan dari orang lain untuk menolong mangsa pengsan atau pitam.
8. Lencana Kemajuan Keris Emas
Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak PK itu perlu meneruskan latihan dan ujian untuk mendapatkan Lencana Kemajuan Keris emas dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut :





a) Kesetiaan Menyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu patriotik. Mewarnakan gambar Jata Negara. Mewarnakan bendera negeri masing-masing. Menyebut nama penuh kedua ibubapa masing-masing. Menyebut nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap. Menunjukkan cara amalan agama masing-masing.
b) Kesihatan dan Keselamatan Menyatakan sekurang-kurangnya 3 gaya hidup sihat. Menyatakan cara bagaimana mencegah dari jangkitan selsema atau demam. Menyatakan cara mendapatkan bantuan kecemasan. Menunjukkan cara membalut luka ringan. Menghasilkan sebuah buku skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej seperti Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok ATAU Keracunan Makanan.


c) Kecekapan Mengukuhkan Latihan Asas Kawad Kaki Lencana Keris Gangsa, Perak dan seterusnya mengetahui perintah “Cepat Jalan”, “Berhenti” dan “Hormat”.


Mengetahui Latihan Asas Ala Komando seperti merangkak, merangkak di bawah jaring atau jala, meniti kayu dan bergayut serta gayut monyet. Mengukuhkan kemahiran ikatan seperti Buku Sila (Keris Gangsa), Simpul Sentak (Keris Perak) serta mengetahui cara mengikat Simpul Manuk dan kegunaannya. Demonstrasi memasang, membuka dan melipat khemah bersama kumpulan.


d) Penyertaan


1. Menghasilkan SATU daripada aktiviti-aktiviti di bawah : Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau kotak menyimpan surat atau tabung dari bahan terbuang ATAU Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara ATAU Membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.

2. Menyanyi sekurang-kurangnya SATU buah lagu Pengakap Malaysia.
e) Perkhidmatan Bersama Sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. Membantu pemimpin dalam penyediaan bahan aktiviti permainan. Melukis pelan lakaran kawasan rumah sendiri. Membantu Pemimpin mengatur program.


TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK_KANAK PENDIDIKAN KHAS


Rambu ini dianugerahkan kepada Pengakap Kanak-kanak PK setelah mereka mendapat :

Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu :

1. Lencana Wajib

2. Dua Lencana Kegemaran
3. Dua Lencana Pengetahuan dan
4. Dua Lencana Perkhidmatan.


Rambu Pengakap PK Tahap 1 layak dipakai dengan syarat :


1. Pemegang Lencana Keris Emas selama 1 bulan.

2. Berkelakuan baik.

3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.

4. Dicalonkan oleh pemimpin PEK.


Catatan:


Rambu Pengakap Kanak-kanak PK boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah rambu pengakap muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails