Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu
"DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan.
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam
pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah
pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan
kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi
masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang
normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi
kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai
disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai
kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari
turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai
masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang
merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan
itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Perkataan
disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...'
dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara
kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan
kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong
dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai
tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah
pendengaran dan penglihatan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi
masalah-masalah berikut:
• mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti
bercampur-aduk
• mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk
dengan
huruf-huruf yang yang digabung
• mereka sukar mengeja
• mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
• mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
• mereka juga menghadapi masalah apabila menulis
Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya
setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi
masalah disleksia. Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca
masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur
informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau
penawar untuk masalah disleksia ini. Kita perlu tahu bahawa tidak semua
kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang
sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di
peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka
sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran
mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi
oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.
Sumber : Pendidikan Khas Seri Makmur.
Rawat penyakit Dyslexia di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre 0196676236-Dr Wan
ReplyDelete